Kebakaran telah berlaku di rumah Imam 1 Masjid Kg. Relau, Hj. Mohd Noh Bin Hj. Aman secara mengejut. Beliau yang ketika itu berada di kebun hanya mampu tergamam melihat rumahnya hangus dijilat api. Namun begitu, tindakan pantas anak lelaki beliau berjaya menyelamatkan ahli keluarga yang berada di dalam rumah sewaktu kejadian.
Kebakaran yang dikatakan bermula dari bahagian bilik rumah tersebut sangat cepat merebak memandangkan bahan utama rumah tersebut adalah kayu. Tindakan bijak pemuda-pemuda kampung merobohkan sambungan atap parking kereta yang bersambungan dengan rumah sebelah berjaya menyelamatkan rumah bersebelahan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Jasin, Ramli Bin Abu Bakar berkata pihaknya akan menyiasat punca kebakaran dan berasa bersyukur kerana tiada mangsa yang terperangkap sewaktu berlakunya kebakaran. Tindakan cepat semua pihak banyak membantu pihak kami dalam menjalankan tugas.
Kebakaran ini bermula jam 3.45 petang dan dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4.30 petang.
Video Kebakaran
Gambar-gambar sewaktu kejadian
Suara PEDAS : Syukur nyawa masih terselamat walaupun api marak dengan cepat..Alhamdulillah...



2 comments:
Saya wakil bagi pihak ayahanda saya Hj Mohd Noh Bin Hj Aman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu kami sekeluarga. semoga dengan adenya segala bantuan dapat meringankan beban yang kami tanggung...
Kami dari pihak Suara PEDAS merasakan ini satu tanggungjawab bagi kami dalam aktiviti kemasyarakatan. Membantu dianatara satu sama lain bukan sahaja satu budaya kita tetapi juga merupakan satu amalan yang turut diperintah dalam agama. Suara PEDAS cuba membantu sebanyak yang mungkin dalam meringankan beban keluarga saudari Ieyda..Bak kata pepatah, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,"..kami akan sentiasa berjuang untuk rakyat Dun Asahan..
Post a Comment