Pages

Kebakaran Di Asahan

21-04-2011 Asahan - Hari Khamis yang tenang di Kg. Relau, Asahan tiba-tiba dikejutkan dengan ngauman siren dari kenderaan bomba yang datang dari arah Jasin. Kelihatan asap hitam menjulang tinggi menandakan berlakunya kebakaran di dalam kampung ini
        Kebakaran telah berlaku di rumah Imam 1 Masjid Kg. Relau, Hj. Mohd Noh Bin Hj. Aman secara mengejut. Beliau yang ketika itu berada di kebun hanya mampu tergamam melihat rumahnya hangus dijilat api. Namun begitu, tindakan pantas anak lelaki beliau berjaya menyelamatkan ahli keluarga yang berada di dalam rumah sewaktu kejadian


        Kebakaran yang dikatakan bermula dari bahagian bilik rumah tersebut sangat cepat merebak memandangkan bahan utama rumah tersebut adalah kayu. Tindakan bijak pemuda-pemuda kampung merobohkan sambungan atap parking kereta yang bersambungan dengan rumah sebelah berjaya menyelamatkan rumah bersebelahan
        "Sungguhpun hanya tinggal sehelai sepinggang, saya masih bersyukur kerana tiada ahli keluarga saya yang menjadi korban dalam kebakaran ini," kata Hj. Mohd Noh ketika berjumpa dengan Suara PEDAS.Suasana pilu menyelubungi keluarga mangsa apabila mereka menyaksikan rumah yang sekian lama didiami rebah begitu sahaja.
         Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Jasin, Ramli Bin Abu Bakar berkata pihaknya akan menyiasat punca kebakaran dan berasa bersyukur kerana tiada mangsa yang terperangkap sewaktu berlakunya kebakaran. Tindakan cepat semua pihak banyak membantu pihak kami dalam menjalankan tugas.
          Kebakaran ini bermula jam 3.45 petang dan dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4.30 petang.


Video Kebakaran


Gambar-gambar sewaktu kejadian



















Suara PEDAS : Syukur nyawa masih terselamat walaupun api marak dengan cepat..Alhamdulillah...

2 comments:

ogieydamuizz said...

Saya wakil bagi pihak ayahanda saya Hj Mohd Noh Bin Hj Aman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu kami sekeluarga. semoga dengan adenya segala bantuan dapat meringankan beban yang kami tanggung...

Pedas said...

Kami dari pihak Suara PEDAS merasakan ini satu tanggungjawab bagi kami dalam aktiviti kemasyarakatan. Membantu dianatara satu sama lain bukan sahaja satu budaya kita tetapi juga merupakan satu amalan yang turut diperintah dalam agama. Suara PEDAS cuba membantu sebanyak yang mungkin dalam meringankan beban keluarga saudari Ieyda..Bak kata pepatah, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,"..kami akan sentiasa berjuang untuk rakyat Dun Asahan..

Post a Comment


 
Copyright © Suara PEDAS. Design By Best Website Design
Buy Traffic and Templates On Sales