Pages

Kebakaran Di Asahan

21-04-2011 Asahan - Hari Khamis yang tenang di Kg. Relau, Asahan tiba-tiba dikejutkan dengan ngauman siren dari kenderaan bomba yang datang dari arah Jasin. Kelihatan asap hitam menjulang tinggi menandakan berlakunya kebakaran di dalam kampung ini
        Kebakaran telah berlaku di rumah Imam 1 Masjid Kg. Relau, Hj. Mohd Noh Bin Hj. Aman secara mengejut. Beliau yang ketika itu berada di kebun hanya mampu tergamam melihat rumahnya hangus dijilat api. Namun begitu, tindakan pantas anak lelaki beliau berjaya menyelamatkan ahli keluarga yang berada di dalam rumah sewaktu kejadian


        Kebakaran yang dikatakan bermula dari bahagian bilik rumah tersebut sangat cepat merebak memandangkan bahan utama rumah tersebut adalah kayu. Tindakan bijak pemuda-pemuda kampung merobohkan sambungan atap parking kereta yang bersambungan dengan rumah sebelah berjaya menyelamatkan rumah bersebelahan
        "Sungguhpun hanya tinggal sehelai sepinggang, saya masih bersyukur kerana tiada ahli keluarga saya yang menjadi korban dalam kebakaran ini," kata Hj. Mohd Noh ketika berjumpa dengan Suara PEDAS.Suasana pilu menyelubungi keluarga mangsa apabila mereka menyaksikan rumah yang sekian lama didiami rebah begitu sahaja.
         Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Jasin, Ramli Bin Abu Bakar berkata pihaknya akan menyiasat punca kebakaran dan berasa bersyukur kerana tiada mangsa yang terperangkap sewaktu berlakunya kebakaran. Tindakan cepat semua pihak banyak membantu pihak kami dalam menjalankan tugas.
          Kebakaran ini bermula jam 3.45 petang dan dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4.30 petang.


Video Kebakaran


Gambar-gambar sewaktu kejadian



















Suara PEDAS : Syukur nyawa masih terselamat walaupun api marak dengan cepat..Alhamdulillah...

SUMBANGAN BASIKAL KEPADA PELAJAR CEMERLANG SK ASAHAN


ASAHAN - Pada 30 Mac 2011 Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah bersama PEDAS telah menyumbangkan 2 buah basikal kepada pihak sekolah SK Asahan untuk dijadikan insentif kepada pelajar cemerlang. Majlis dijalankan serentak bersama Mesyuarat Agung PIBG SK Asahan Kali Ke - 36 / 2011. Turut menyumbang sebuah basikal adalah Penghulu Dun  Bukit Asahan, YBHG Yusof Bin Botak. Mewakili beliau sewaktu perasmian adalah Ketua JKKK Asahan, YBHG Abdul Ghani Bin Abdullah. Upacara penyampaian basikal-basikal tersebut diwakili Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Relau (PENCAKAR) , Saudara Zamzuri Bin Jinudin dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Asahan , Saudara Mohd. Reduan Bin Ahmad. Guru Besar SK Asahan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak dan mengharapkan sumbangan ini dapat menaikkan semangat pelajar-pelajar SK Asahan dalam menghadapi UPSR. Bagi PEDAS pula, kami amatlah berterima kasih kepada Saudara Baharudin Bin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah dalam melahirkan idea sumbangan ini dan seterusnya melaksanakannya. Ribuan terima kasih..

Gambar sewaktu majlis dijalankan


Basikal yang disumbangkan

Penyerahan kepada SK Asahan


 Pengerusi PIBG

 Guru Besar SK Asahan

Pengerusi JKKK Asahan













Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah Mac 2011

UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH


Pada Mac 2011 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah yang dipengerusikan oleh YB Datuk Hj Abd Ghafaar Bin Hj Atan. Turut hadir ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah. Mesyuarat bertempat di Bilik Gerakan Japerun Bukit Asahan..
Diantara agenda :

  • Mesyuarat UMNO Peringkat Cawangan akan bermula.
  • Mesyuarat Agung Bahagian Alor Gajah akan diadakan.
  • Aktiviti yang bakal dijalankan oleh UMNO Bahagian.



Berikut gambar-gambar sewaktu mesyuarat diadakan...











Lepas mesyuarat dapat makan durian...





















 
Copyright © Suara PEDAS. Design By Best Website Design
Buy Traffic and Templates On Sales