Pages

PEDAS kini aktif semula di Blog!!!!Jyeah!!

Assalamualikum semua......permulaan 2013 sudah masuk ke bulan ke-2 dan masa berlalu sangat pantas....kami di pihak PEDAS Blogger kembali aktif melaporkan sebarang aktiviti atau sebarang isu2 yang kami rasa patut kami bawakan....jadi selalulah bersama kami dan lihat apa saja perkembangan yang berlaku di Dun Asahan khasnya, negeri Melaka dan Malaysia amnya....nantikan post-post dari kami yang akan datang..jumpa nanti!!!!


report by : Muhammad Nuqman (tukang update..hahahaha) nama pena #admin N


#admin N : saya menyumbang apa saja dalam kemampuan saya untuk membantu Pemuda UMNO, UMNO dan Barisan Nasional...

Sebab Pemuda PEDAS masih Dulu,masih Kini, masih Selamanya menentang

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.... Lama tidak update blog ini namun tidak bermakna perjuangan kami dihentikan... Pemuda PEDAS sentiasa fokus dan jelas tentang perjuangan kami.. Dan sekadar berkongsi lihatlah video ini agar anda sedar kenapa kami memilih menentang manusia bertopeng ini....

Ini yang dikatakan insan pilihan??????

Ini ke manusia bergelar pemimpin???



Ada mata, lihat...ada telinga dengar....ada pilihan pilihlah..kami memilih menentang kerana keyakinan kami...Ini perjuangan kami...tak sanggup kehilangan negara tercinta Malaysia kerana sikap seekor manusia yang hanya memikirkan diri sendiri...cukuplah....

HARIMAU MALAYA MENANG 2-1 MENENTANG LUBNAN


TAHNIAH BUAT SKUAD HARIMAU MALAYA DI ATAS KEMENANGAN KE ATAS LUBNAN.
2-1

PRESTASI DAN CARA PERMAINAN YANG CANTIK MENAMBAT HATI RAKYAT MALAYSIA. WALAUPUN DI MINIT-MINIT AKHIR KELIHATAN PERMAINAN AGAK KELAM KABUT, NAMUN ITU MASIH BOLEH DIFAHAMI KERANA BILANGAN PEMAIN HANYALAH TINGGAL 10 PEMAIN DAN MEREKA BERJAYA MENGHALANG KEMARAAN LUBNAN. TAHNIAH BUAT PEMAIN HARIMAU MALAYA DAN KHASNYA BUAT PENJARING GOL MOHD IRFAN DAN WAN HAIKAL. TERUSKAN KEJAYAAN INI DAN KAMI, PEDAS MENYOKONG DAN MEMBERI SORAKAN KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA DALAM MENEMPUH PERLAWANAN PRA-KELAYAKAN OLIMPIK 2012. SYABAS DAN TAHNIAH KAMI UCAPKAN.

SAMB KINI MEMPUNYAI CAWANGAN DI SELANDAR


BERMULA 13 JUN 2011, SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD (SAMB) KINI TELAH PUN MEMBUKA SEBUAH CAWANGAN MEREKA DI SELANDAR. KEWUJUDAN SAMB DI SELANDAR AMATLAH DIALU-ALUKAN DAN MEMUDAHKAN URUSAN WARGA DUN ASAHAN SEHARIAN. SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAMB OLEH PIHAK PEDAS.


ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

  • PEMBAYARAN BIL AIR/ELEKTRIK
  • PEMBAYARAN BIL TELEKOM MALAYSIA
  • ADUAN KEROSAKAN
  • PERTANYAAN BIL
  • PERMOHONAN BEKALAN AIR BARU
  • PELBAGAI
LAWATI SAMB SELANDAR UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN.

VIDEO RASMI PELANCARAN BLOG SUARA PEDAS

Bersempena Program Perhimpunan Pergerakan Pemuda/Puteri UMNO dan Belia DUN Asahan, satu Majlis Perasmian Blog Rasmi Suara PEDAS telah dijalankan. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Datuk IR Hj. Idris Bin Harun. Terima kasih Datuk kerana sudi merasmikan blog kami ini. Bagi kami madah perjuangan masih lagi baru bermula. Rakyat Didahulukan..Pencapaian Diutamakan...

Video Pelancaran

Ziarah Ehsan PEDAS di Selandar

Beberapa minggu lepas, pihak Suara PEDAS telah melawat anggota PEDAS, Saudara Azlan Bin Kudin juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Selandar telah jatuh sakit sehingga telah dimasukkan ke Hospital Jasin. Saudara Azlan atau lebih dikenali sebagai Lan Kudin dikalangan ahli PEDAS masih tersenyum menerima kedatangan kami ke rumah beliau. Dalam kesakitan, beliau masih sempat melawak dan bergurau-senda dengan kami. Kami mendoakan Lan Kudin akan kembali sihat dan sakit belakangnya itu akan menghilang.Dalam diam, geng-geng PEDAS sempat bermain dengan ATV Bike milik Lan Kudin. Terima kasih Lan Kudin dan keluarga atas layanan mesra anda kepada kami.








Kebakaran Di Asahan

21-04-2011 Asahan - Hari Khamis yang tenang di Kg. Relau, Asahan tiba-tiba dikejutkan dengan ngauman siren dari kenderaan bomba yang datang dari arah Jasin. Kelihatan asap hitam menjulang tinggi menandakan berlakunya kebakaran di dalam kampung ini
        Kebakaran telah berlaku di rumah Imam 1 Masjid Kg. Relau, Hj. Mohd Noh Bin Hj. Aman secara mengejut. Beliau yang ketika itu berada di kebun hanya mampu tergamam melihat rumahnya hangus dijilat api. Namun begitu, tindakan pantas anak lelaki beliau berjaya menyelamatkan ahli keluarga yang berada di dalam rumah sewaktu kejadian


        Kebakaran yang dikatakan bermula dari bahagian bilik rumah tersebut sangat cepat merebak memandangkan bahan utama rumah tersebut adalah kayu. Tindakan bijak pemuda-pemuda kampung merobohkan sambungan atap parking kereta yang bersambungan dengan rumah sebelah berjaya menyelamatkan rumah bersebelahan
        "Sungguhpun hanya tinggal sehelai sepinggang, saya masih bersyukur kerana tiada ahli keluarga saya yang menjadi korban dalam kebakaran ini," kata Hj. Mohd Noh ketika berjumpa dengan Suara PEDAS.Suasana pilu menyelubungi keluarga mangsa apabila mereka menyaksikan rumah yang sekian lama didiami rebah begitu sahaja.
         Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Jasin, Ramli Bin Abu Bakar berkata pihaknya akan menyiasat punca kebakaran dan berasa bersyukur kerana tiada mangsa yang terperangkap sewaktu berlakunya kebakaran. Tindakan cepat semua pihak banyak membantu pihak kami dalam menjalankan tugas.
          Kebakaran ini bermula jam 3.45 petang dan dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4.30 petang.


Video Kebakaran


Gambar-gambar sewaktu kejadian



















Suara PEDAS : Syukur nyawa masih terselamat walaupun api marak dengan cepat..Alhamdulillah...

 
Copyright © Suara PEDAS. Design By Best Website Design
Buy Traffic and Templates On Sales