Pages

HARIMAU MALAYA MENANG 2-1 MENENTANG LUBNAN


TAHNIAH BUAT SKUAD HARIMAU MALAYA DI ATAS KEMENANGAN KE ATAS LUBNAN.
2-1

PRESTASI DAN CARA PERMAINAN YANG CANTIK MENAMBAT HATI RAKYAT MALAYSIA. WALAUPUN DI MINIT-MINIT AKHIR KELIHATAN PERMAINAN AGAK KELAM KABUT, NAMUN ITU MASIH BOLEH DIFAHAMI KERANA BILANGAN PEMAIN HANYALAH TINGGAL 10 PEMAIN DAN MEREKA BERJAYA MENGHALANG KEMARAAN LUBNAN. TAHNIAH BUAT PEMAIN HARIMAU MALAYA DAN KHASNYA BUAT PENJARING GOL MOHD IRFAN DAN WAN HAIKAL. TERUSKAN KEJAYAAN INI DAN KAMI, PEDAS MENYOKONG DAN MEMBERI SORAKAN KEPADA SKUAD HARIMAU MALAYA DALAM MENEMPUH PERLAWANAN PRA-KELAYAKAN OLIMPIK 2012. SYABAS DAN TAHNIAH KAMI UCAPKAN.

SAMB KINI MEMPUNYAI CAWANGAN DI SELANDAR


BERMULA 13 JUN 2011, SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD (SAMB) KINI TELAH PUN MEMBUKA SEBUAH CAWANGAN MEREKA DI SELANDAR. KEWUJUDAN SAMB DI SELANDAR AMATLAH DIALU-ALUKAN DAN MEMUDAHKAN URUSAN WARGA DUN ASAHAN SEHARIAN. SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAMB OLEH PIHAK PEDAS.


ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

  • PEMBAYARAN BIL AIR/ELEKTRIK
  • PEMBAYARAN BIL TELEKOM MALAYSIA
  • ADUAN KEROSAKAN
  • PERTANYAAN BIL
  • PERMOHONAN BEKALAN AIR BARU
  • PELBAGAI
LAWATI SAMB SELANDAR UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN.

VIDEO RASMI PELANCARAN BLOG SUARA PEDAS

Bersempena Program Perhimpunan Pergerakan Pemuda/Puteri UMNO dan Belia DUN Asahan, satu Majlis Perasmian Blog Rasmi Suara PEDAS telah dijalankan. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Datuk IR Hj. Idris Bin Harun. Terima kasih Datuk kerana sudi merasmikan blog kami ini. Bagi kami madah perjuangan masih lagi baru bermula. Rakyat Didahulukan..Pencapaian Diutamakan...

Video Pelancaran

Ziarah Ehsan PEDAS di Selandar

Beberapa minggu lepas, pihak Suara PEDAS telah melawat anggota PEDAS, Saudara Azlan Bin Kudin juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Selandar telah jatuh sakit sehingga telah dimasukkan ke Hospital Jasin. Saudara Azlan atau lebih dikenali sebagai Lan Kudin dikalangan ahli PEDAS masih tersenyum menerima kedatangan kami ke rumah beliau. Dalam kesakitan, beliau masih sempat melawak dan bergurau-senda dengan kami. Kami mendoakan Lan Kudin akan kembali sihat dan sakit belakangnya itu akan menghilang.Dalam diam, geng-geng PEDAS sempat bermain dengan ATV Bike milik Lan Kudin. Terima kasih Lan Kudin dan keluarga atas layanan mesra anda kepada kami.








Kebakaran Di Asahan

21-04-2011 Asahan - Hari Khamis yang tenang di Kg. Relau, Asahan tiba-tiba dikejutkan dengan ngauman siren dari kenderaan bomba yang datang dari arah Jasin. Kelihatan asap hitam menjulang tinggi menandakan berlakunya kebakaran di dalam kampung ini
        Kebakaran telah berlaku di rumah Imam 1 Masjid Kg. Relau, Hj. Mohd Noh Bin Hj. Aman secara mengejut. Beliau yang ketika itu berada di kebun hanya mampu tergamam melihat rumahnya hangus dijilat api. Namun begitu, tindakan pantas anak lelaki beliau berjaya menyelamatkan ahli keluarga yang berada di dalam rumah sewaktu kejadian


        Kebakaran yang dikatakan bermula dari bahagian bilik rumah tersebut sangat cepat merebak memandangkan bahan utama rumah tersebut adalah kayu. Tindakan bijak pemuda-pemuda kampung merobohkan sambungan atap parking kereta yang bersambungan dengan rumah sebelah berjaya menyelamatkan rumah bersebelahan
        "Sungguhpun hanya tinggal sehelai sepinggang, saya masih bersyukur kerana tiada ahli keluarga saya yang menjadi korban dalam kebakaran ini," kata Hj. Mohd Noh ketika berjumpa dengan Suara PEDAS.Suasana pilu menyelubungi keluarga mangsa apabila mereka menyaksikan rumah yang sekian lama didiami rebah begitu sahaja.
         Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Jasin, Ramli Bin Abu Bakar berkata pihaknya akan menyiasat punca kebakaran dan berasa bersyukur kerana tiada mangsa yang terperangkap sewaktu berlakunya kebakaran. Tindakan cepat semua pihak banyak membantu pihak kami dalam menjalankan tugas.
          Kebakaran ini bermula jam 3.45 petang dan dapat dikawal sepenuhnya pada jam 4.30 petang.


Video Kebakaran


Gambar-gambar sewaktu kejadian



















Suara PEDAS : Syukur nyawa masih terselamat walaupun api marak dengan cepat..Alhamdulillah...

SUMBANGAN BASIKAL KEPADA PELAJAR CEMERLANG SK ASAHAN


ASAHAN - Pada 30 Mac 2011 Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah bersama PEDAS telah menyumbangkan 2 buah basikal kepada pihak sekolah SK Asahan untuk dijadikan insentif kepada pelajar cemerlang. Majlis dijalankan serentak bersama Mesyuarat Agung PIBG SK Asahan Kali Ke - 36 / 2011. Turut menyumbang sebuah basikal adalah Penghulu Dun  Bukit Asahan, YBHG Yusof Bin Botak. Mewakili beliau sewaktu perasmian adalah Ketua JKKK Asahan, YBHG Abdul Ghani Bin Abdullah. Upacara penyampaian basikal-basikal tersebut diwakili Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Relau (PENCAKAR) , Saudara Zamzuri Bin Jinudin dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Asahan , Saudara Mohd. Reduan Bin Ahmad. Guru Besar SK Asahan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak dan mengharapkan sumbangan ini dapat menaikkan semangat pelajar-pelajar SK Asahan dalam menghadapi UPSR. Bagi PEDAS pula, kami amatlah berterima kasih kepada Saudara Baharudin Bin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah dalam melahirkan idea sumbangan ini dan seterusnya melaksanakannya. Ribuan terima kasih..

Gambar sewaktu majlis dijalankan


Basikal yang disumbangkan

Penyerahan kepada SK Asahan


 Pengerusi PIBG

 Guru Besar SK Asahan

Pengerusi JKKK Asahan













Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah Mac 2011

UMNO BAHAGIAN ALOR GAJAH


Pada Mac 2011 telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah yang dipengerusikan oleh YB Datuk Hj Abd Ghafaar Bin Hj Atan. Turut hadir ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah. Mesyuarat bertempat di Bilik Gerakan Japerun Bukit Asahan..
Diantara agenda :

  • Mesyuarat UMNO Peringkat Cawangan akan bermula.
  • Mesyuarat Agung Bahagian Alor Gajah akan diadakan.
  • Aktiviti yang bakal dijalankan oleh UMNO Bahagian.



Berikut gambar-gambar sewaktu mesyuarat diadakan...











Lepas mesyuarat dapat makan durian...





















 
Copyright © Suara PEDAS. Design By Best Website Design
Buy Traffic and Templates On Sales