ASAHAN - Pada 30 Mac 2011 Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah bersama PEDAS telah menyumbangkan 2 buah basikal kepada pihak sekolah SK Asahan untuk dijadikan insentif kepada pelajar cemerlang. Majlis dijalankan serentak bersama Mesyuarat Agung PIBG SK Asahan Kali Ke - 36 / 2011. Turut menyumbang sebuah basikal adalah Penghulu Dun Bukit Asahan, YBHG Yusof Bin Botak. Mewakili beliau sewaktu perasmian adalah Ketua JKKK Asahan, YBHG Abdul Ghani Bin Abdullah. Upacara penyampaian basikal-basikal tersebut diwakili Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Relau (PENCAKAR) , Saudara Zamzuri Bin Jinudin dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Asahan , Saudara Mohd. Reduan Bin Ahmad. Guru Besar SK Asahan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak dan mengharapkan sumbangan ini dapat menaikkan semangat pelajar-pelajar SK Asahan dalam menghadapi UPSR. Bagi PEDAS pula, kami amatlah berterima kasih kepada Saudara Baharudin Bin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah dalam melahirkan idea sumbangan ini dan seterusnya melaksanakannya. Ribuan terima kasih..
Gambar sewaktu majlis dijalankan
Basikal yang disumbangkan
Penyerahan kepada SK Asahan
Pengerusi PIBG
Guru Besar SK Asahan
Pengerusi JKKK Asahan



0 comments:
Post a Comment