Gambar-gambar sewaktu ziarah
Ziarah Ehsan PEDAS di Batang Melaka
Pada 14 Mac 2011 pihak PEDAS yang diketuai oleh Saudara Suhaizan Bin Haji Noh telah menjalankan aktiviti ziarah ehsan yang bertempat di Batang Melaka. Disana pihak PEDAS telah menziarahi Saudara Zakaria Bin Abu Bakar (Abang Z) yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Batang Melaka. Berita mengenai kesihatan Abang Z yang secara tiba-tiba mengalami sakit "misteri" beberapa hari sebelumnya amat mengejutkan pihak PEDAS. Adalah menjadi satu amalan PEDAS untuk sentiasa menziarahi ahli-ahlinya yang ditimpa musibah. Alhamdulillah, sewaktu berjumpa dengan Abang Z, beliau sudah mampu duduk berbanding berita yang diterima sebelumnya beliau hanya mampu baring. PEDAS juga amat bertuah kerana ziarah kali ini turut disertai Saudara Ustaz Nor Azam B. Haji Ismail yang bersama kami untuk mengetuai bacaan doa selamat untuk Abang Z. Menjadi harapan PEDAS agar Abang Z akan sihat seperti biasa secepat mungkin kerana PEDAS yang kewujudannya disokong oleh tiang-tiang yang kukuh terasa kini bebannya tanpa kehadiran beliau. Insyaallah, berkat doa warga PEDAS, Abang Z akan lebih sihat seperti biasa.
Gambar-gambar sewaktu ziarah
Gambar-gambar sewaktu ziarah


6 comments:
tahniah semua... jauh perjlnan luas pengalmn.. lg byk akn kita berbakti.. tq atas jemputan..really enjoy da convoy n spend time together visiting our dearest kp Abg Z di Batang Melaka... im pround to be a part of PEDAS!!!
salam...harap PEDAS itu sesuatu yg SEDAP. dimata dan dihati, yang dapat memanjangkan luahan hati rakyat pada orang yang tertinggi.
Kehadiran PEDAS itu sendiri adalah untuk berbakti pada masyarakat DUN Asahan dan mewakilinya untuk bersuara dengan lantang...terima kasih kerana menyokong kami...
salam...harap PEDAS dapat membantu, tolong selesaikan masalah bahu jalan di Kg Hulu Btg Melaka. Setiap kali jalan diturap ketebalan makin bertambah tapi kenapa bahu jalan yg makin tinggi dan bahaya tak diambil kira. mmg ruang terhad tp biarlah finishing utk bahu jalan itu dititik beratkan sebab menjadi masalah bila kenderaan berselisih kalau kereta yg standard pun boleh kemek kat bawah, tu maknanya tinggi yg melampau. terima kasih.
salam cik yati alias....terima kasih kerana sudi brsama PEDAS...ok untuk kes saudari saya mewakili unit admin Suara PEDAS telah membuat aduan ke Majlis Perbandaran Jasin melalui unit aduan Kerajaan Negeri Melaka (http://aduan.melaka.gov.my) . No. rujukan aduan tersebut adalah 01389/11. Saya akan mengikuti aduan ini dan menanti jawapan rasmi dari MPJ. terima kasih..
admin-nuqman
Cepat dan Agresif.....terimakasih pada Suara PEDAS kerana begitu komited dalam menjaga kebajikan masyarakat di DUN Asahan.
Post a Comment